Bila sayang dan hargai sangat presence orang dalam hidup, cukup diucap berulang ulang kali hanya dalam doa.
Kerana pengalaman pernah mengajar bahawa manusia itu mengecewakan,
sentiasa mengecewakan.
Maka satu-satu hati yang takkan pernah hancur adalah hati yang pengharapannya hanya pada Tuhan.
Bersangka baik dengan Allah.
Bersangka baik dengan Allah.
Bersangka baik dengan Tuhan yang masih dukung engkau saat kau benar-benar dalam pilihan untuk terus hidup atau mati sendiri.
Saat syaitan boleh berbisik dan jatuh engkau dalam lembah paling hina, takkan pernah diizin syurga,
masih Allah izin kau sebut nama-Nya,
hanya untuk kembali tenang,
dan terus berpegang.
Allahuakbar.
Selagi Tuhan masih izin bernafas,
selagi itu kau masih diberi peluang untuk ubah.
No comments:
Post a Comment