Berlapang dada dengan setiap lekuk dalam ceritamu,
dan yakinlah,
setiap persinggahan itu ada alasan,
yang mungkin sebenarnya terus-terusan menjadi hadiah dari Tuhan untuk dirimu.
Berlapang dada dengan setiap ketetapan,
kerana Tuhan itu setiap masa memberi,
meski ceritamu kini di tangguk yang kau belum boleh fahami.
Berlapang dada dengan apa yang Tuhan izin berjalan,
percayalah,
semuanya pasti punya alasan.
Berlapang dadalah saat harus melepaskan,
percayalah,
ada yang mahu Tuhan gantikan.
No comments:
Post a Comment