Saturday, 17 April 2021

-

Penantian aku itu Tuhan tahu seperti apa,
takut aku juga Tuhan tahu seperti apa.

Alhamdulillah untuk rasa ini,
dimana mahu aku seperti apa pun,
kuatnya bagaimana pun,
aku masih bisa mahu lebihnya pada apa yang Tuhan rasa baik untukku.

Penantian aku Tuhan tahu seperti apa,
doa aku semuanya Tuhan juga pendengar setia.

Aku masih belajar,
dan perlahan-lahan terus mencuba.
Semoga Tuhan sentiasa jaga,
dan terus mendengar.
Semoga saja suatu hari nanti,
tepat masanya,
semua yang aku doakan,
semua yang aku harapkan,
semuanya menemui aku sesuai yang aku harapkan,
malah mungkin saja lebih.

Sebab sifat Allah itu Maha Pemurah.
Dan Allah Maha Baik.

Yang kurang itu aku,
yang masih belajar itu aku.

Kalau satu dunia tidak tahu dan tidak faham pun,
cukup saja Allah yang tahu.

No comments:

Post a Comment