Thursday, 27 July 2017

aku bukan mental

Semakin umur aku meningkat, semakin aku sedar dan lebih terdedah kepada how life is really not something that is meant to be smooth sailing and indah semata-mata. Sometimes dan selalu, it's pushing me to the point of letting go and just do ikut sesuka hati. To be more specific, hidup tanpa pegangan. Sebab aku makin lama merasakan yang hidup kat dunia ni macam somehow memang not meant to be cantik. Apa yang masih memegang aku adalah harapan dan nasihat aku pada diri sendiri: "Tuhan tak kejam, Sakinah." Haritu I baca on twitter, ada orang kata sesetengah orang tu mental, soal bipolar dengan agama. Sesetangah orang ada masalah mental yang macam dia jadi taksub dengan agama sebab agama menjanjikan kebahagiaan yang diinginkan. Ever since that, aku persoalkan balik diri sendiri.

Tak, aku bukan mental. Aku percaya Tuhan itu ada. Kekuasaan dia ada. Dan jugak aku tahu dan kenal sangat diri sendiri to say that I do not deserve to talk much about Islam dan spiritual ni. Jujur, aku sendiri jauh dari Tuhan. I have always written for myself, so post ni untuk aku jugak.

Tuhan itu ada. Aku bukan mental.

Bukan aku taksub dengan kebahagiaan yang dijanjikan agama, aku hanya masih memilih untuk percaya. Kenapa Tuhan sebut banyak kali soal ampunan dan taubat dalam Al-Quran kalau orang yang berdosa itu memang teruk?

Tak, orang berdosa tak teruk kalau dia bertaubat.

And again, aku bukan mental. Bukan aku taksub dengan agama.

Salah ke hidup masih mahu berpegang dengan Islam? Hidup masih mahu berharap pada Tuhan?

Salah ke mahu mengharap bahagia? Bukan gembira, tapi bahagia.

Contented.

No comments:

Post a Comment